Selamat Datang Ke Laman Portal

Pusat Pembangunan Bakat & Inovasi

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
HEBAHAN TERKINI
BERITA PPBI

KURSUS ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (KAPDP)

Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran (KAPDP) Sesi 2025 sedang berlangsung dari 4 hingga 8 Mei 2025 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kursus ini merupakan program anjuran Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) yang memasuki edisi penganjuran kali ketiga. KAPDP ini diwujudkan khas buat ahli akademik UMT yang berjawatan tetap dan kontrak, sebagai salah satu syarat pengesahan jawatan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, di samping membina kemahiran profesionalisme dalam kalangan tenaga pengajar. Sepanjang lima hari kursus ini, para peserta akan mengikuti pelbagai sesi latihan, perkongsian ilmu, dan aktiviti berstruktur yang dirangka untuk meningkatkan mutu pengajaran di institusi. Semoga semua peserta mendapat manfaat dan pengalaman bermakna sepanjang kursus ini.

KURSUS DIGITAL INTERAKTIF TENAGA PENGAJAR BAGI PROSES (PDP)

Kursus Digital Interaktif Tenaga Pengajar bagi Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan berlangsung pada 30 Jun hingga 3 Julai 2025 (Isnin hingga Khamis) bertempat di EDU ROOM, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kursus ini disampaikan oleh barisan penceramah berpengalaman, iaitu Dr. Shahreza bin Md. Sheriff, Dr. Noor Azliza binti Che Mat, dan Pn. Siti Madhihah binti Abdul Malik. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tenaga pengajar dalam menggunakan pendekatan digital dan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Melalui kursus ini, para peserta akan mempelajari pelbagai strategi dan teknik digital yang dapat memperkasakan PdP agar lebih efektif, menarik, dan responsif terhadap keperluan pelajar masa kini.